JANA PENDAPATAN ANDA

Friday, 18 May 2012

Facebook Punca Cerai


Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk untuk menguji keharmonian sesebuah keluarga Pertama sekali,kita lihat macam mana Islam melihat isu perceraian ini. Talak Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian". Hukum talak Menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, menceritakan dari Ma’ruf dari Muharib bahawa Rasulullah SAW bersabda “Allah tidak membuat sesuatu yang halal tidak disukaiNya selain talak.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah ialah talak.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sometimes divorces is the only solution

Faktor-faktor yang menyebabkan perceraian Banyak faktor yang menyebabkan isu perceraian ni terjadi.Memang banyak,boleh datang dari kedua-dua pasangan,faktor kewangan,faktor psikologi,faktor luaran dan banyak lagi(sekadar memberi sedikit contoh): 1.Kurangnya pemahaman dan pengamalan nila-nilai agama dalam diri pasangan 2.Salah satu pasangan atau kedua-duanya bermain kayu tiga,curang dengan orang lain 3.Tiada lagi perasaan kasih, cinta dan kepercayaan dalam hati pasangan masing-masing 4.Pengaruh laman sosial sesawang internet seperti Facebook, Myspace dan Twitter(akan dibincangakan dalam entri akan datang) 5.Masalah kewangan dan tekanan ekonomi yang mendesak 6.Pasangan lelaki berkahwin lagi,mengamalkan poligami 7.Masalah komunikasi antara sesama pasangan


Ramai je family yang bahagia dalam dunia ni,mengapa pilih derita? 

Kesimpulan Walaupun negara Malaysia tidak tercatat antara 10 negara yang mencatatkan kadar perceraian tertinggi di dunia,kita perlu merasa takut dengan statistik yang ada sekarang.Obviously,ramai pasangan get married berdasarkan kebendaan,bukan atas faktor agama.Apart from that,gaya hidup moden masa kini sememangnya memberi kesan impak yang cukup kuat dalam setiap rumahtangga. When everything goes wrong,please don't make a wrong decision.Back to basics,al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.Apa yang paling penting,berkahwin biarlah diniatkan kerana Allah.Kerana ingin membina rumah tangga yang diredhaiNya.

No comments:

Post a Comment