Melaka destinasi pilihan percutian kami kali ini,terasa hilang segala tekanan yang membebankan segala fikiran....tambahan pulak dengan pilihan lokasi yang menarik lagi mendamaikan. Terasa ingin kembali lagi ke sana,tetapi oleh kerana kesibukan kerja,maka hasrat harus dipendamkan.
Wednesday, 30 May 2012
Friday, 18 May 2012
Facebook Punca Cerai
Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk untuk menguji keharmonian sesebuah keluarga Pertama sekali,kita lihat macam mana Islam melihat isu perceraian ini. Talak Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian". Hukum talak Menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, menceritakan dari Ma’ruf dari Muharib bahawa Rasulullah SAW bersabda “Allah tidak membuat sesuatu yang halal tidak disukaiNya selain talak.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah ialah talak.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sometimes divorces is the only solution
Faktor-faktor yang menyebabkan perceraian Banyak faktor yang menyebabkan isu perceraian ni terjadi.Memang banyak,boleh datang dari kedua-dua pasangan,faktor kewangan,faktor psikologi,faktor luaran dan banyak lagi(sekadar memberi sedikit contoh): 1.Kurangnya pemahaman dan pengamalan nila-nilai agama dalam diri pasangan 2.Salah satu pasangan atau kedua-duanya bermain kayu tiga,curang dengan orang lain 3.Tiada lagi perasaan kasih, cinta dan kepercayaan dalam hati pasangan masing-masing 4.Pengaruh laman sosial sesawang internet seperti Facebook, Myspace dan Twitter(akan dibincangakan dalam entri akan datang) 5.Masalah kewangan dan tekanan ekonomi yang mendesak 6.Pasangan lelaki berkahwin lagi,mengamalkan poligami 7.Masalah komunikasi antara sesama pasangan
Ramai je family yang bahagia dalam dunia ni,mengapa pilih derita?
Kesimpulan Walaupun negara Malaysia tidak tercatat antara 10 negara yang mencatatkan kadar perceraian tertinggi di dunia,kita perlu merasa takut dengan statistik yang ada sekarang.Obviously,ramai pasangan get married berdasarkan kebendaan,bukan atas faktor agama.Apart from that,gaya hidup moden masa kini sememangnya memberi kesan impak yang cukup kuat dalam setiap rumahtangga. When everything goes wrong,please don't make a wrong decision.Back to basics,al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.Apa yang paling penting,berkahwin biarlah diniatkan kerana Allah.Kerana ingin membina rumah tangga yang diredhaiNya.
Labels:
me
Nilai Hidayah
Ya Allah yang ku pinta hanya kekuatan hati.Hati yang kuat serta tak mudah lemah kerana hati itulah pemerintah jasadi hati yang baik,amalannya yang baik,akidahnya sejahtera ya Allah. Aku merintih dalam kesedihan, kadangkala impian dan harapan tak seindah realiti yang ditakdirkan dan tak seindah impian yang kami harapkan.Kadangkala yang indah hanya dalam mimpi namun seringkali tersungkur bersama impian dan harapan. Ya Allah, dalam sujudku yang panjang ku berdoa dengan kerendahan hati dengan kelemahan dan kekurangan diri ini jadikan aku hambaMu yang sentiasa mencintai dan merinduiMu Ya Allah. Betapa berharganya nilai nikmat hidayahMu Ya Allah.Kadangkala aku buta menilai kasihMu,akan nikmatMu dan aku lalai dalam memburu redhaMu.Ya Allah,aku hanyalah seorang hamba yang lemah lagi hina. Lemah dengan keinginan duniawi tapi ku bersyukur padaMu ya Allah tiap kali aku terpesong dari jalanMu yang suci Kau tak pernah lupakan diriku,terasa berharganya nilai sebuah hidayah....Aku bersyukur pada-Mu,semoga Kau berikan kekuatan hati dan iman agar terus menjadi seorang yang bertakwa kepada-Mu. Amin..
Labels:
me
Belajar Bersyukur
Memahami sesuatu yang baru kita tahu bukan mudah tapi tidak susah. Dari pengalaman bercakaran dan bersalaman, insyaAllah kita boleh belajar sesuatu yang baru.Kita merasa sesuatu yang istimewa masuk ke dalam hati.
Dan kerendahan hati itu perlu.. Sepanjang hayat ini Allah izinkan saya menghirup udara segar free, terasa nikmat dunia ni.Tapi masih ramai yang gersang, masih ramai ambik jalan shortcut nak masuk syurga..yes,terjun bangunan,minum racun. Binatang ternakan yang rela disembelih untuk korban lebih mulia dari manusia seperti itu.. trust me.
Kadang-kadang bila berjalan jauh kita kena reverse balik. duduk dan fikir,tenangkan diri bermuhasabah.Apa yang telah kita dapat dari perjalanan itu. Saya temukan semangat itu bila bersendiri. Menguzlahkan diri di tempat yang sangat memberi kesan dalam diri saya.Allah sedang berbicara kepada kita tentang rasa ikhlas dan sabar..ubat hati yang sakit.
penat berjalan jauh, tiada salah untuk merenung kembali apa yang telah kita lakukan
Kita boleh berjaya bila kita boleh lihat tujuan kita di dunia ni.Kita nampak apa yang perlu, apa yang betul dan bermanfaat untuk kita ukhrawi mahupun duniawi.Bagi saya, kita kena berani nak perjuang benda yang kita rasa betul.
Selagi Allah bagi peluang untuk hidup, jangan pernah berputus asa. Bila hidup ni tiada pilihan selain dari berundur, melangkahlah ke hadapan itu jalan terbaik.
hidup tenang selagi dalam naungan Allah s.w.t Betul Allah itu maha Adil, rahmatNya turun berserta syukur yang hadir dalam setiap jiwa hamba-hambaNya..tapi masih ramai yang tidak tahu berterima kasih..Marilah sentiasa bersyukur.
hidup ini indah jika kita tahu bagaimana menilai makna sebuah kehidupan
hidup tenang selagi dalam naungan Allah s.w.t Betul Allah itu maha Adil, rahmatNya turun berserta syukur yang hadir dalam setiap jiwa hamba-hambaNya..tapi masih ramai yang tidak tahu berterima kasih..Marilah sentiasa bersyukur.
Labels:
me
Wednesday, 16 May 2012
Monday, 30 April 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)










